"Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa." Anwar Ibrahim

Sunday, October 26, 2008

TEMUDUGA UPNM

aku dipanggil temuduga untuk jawatan Pen. Pengurus Asrama, Gred N27, dan pertama kali aku tgk mcm mana karenah biroksrasi berlaku di depan mata aku....

ada sorang mamat ni naik keta BMW 325 warna kuning dgn saiz bdn yg dikategorikan sebagai sasa dan lagak seperti seorg pengawal peribadi....

masa mula2 mangkuk ni dtg, nama dia tak tersenarai... then tiba2 dia bersuara dia guna kabel dato'..... yg paling aku bengang kami ditemuduga secara berempat dan mangkuk sekor ni dia sorang2 je.... ada ke patut..? apa hebatnya mamat ni?

apa istimewanya dia? adakah dia dilayan sebegitu krn dia ada kabel dato'? so terserlah sudah bahawa penyakit birokrasi semakin berleluasa dan hingga ke hari ini terus subur...

Salah satu projek Barisan nasional....

Monday, October 20, 2008

hari ni dalam sejarah....

asalamualaikum....

pergh ada org kejutkan aku dr tido yg lena.....
terlibat dgn situasi yg tak diingini oleh sesape pun...
tp semuanye berjalan lancar...
dan harapan aku tetap terus mcm tu...

huahuahua

Sunday, October 19, 2008

peta persempadanan







masih lagi tergantung

isu2 lain yg dibincangkan tadi masih lagi didalam keadaan yg sama....

persoalan di dalam pertindihan kuasa ketua kampung JKKK dgn JKKP..

persoalan dewan org ramai, balairaya, masjid dan sebagainya....

ttp dimana letaknya sikat professioanal dan kerjasama oleh pihak UMNO demi melihat org ramai dan rakyat maju.....

so diorg ini lebih ingin mempertahankan kuasa dan periuk nasi mereka semata2...

so skang ni dah ramai ketua kampung, tak pening kepala.... apa yg susah sgt.. dah kalah buat lah cara kalah..... so puak2 UMNO laknatullah ni tak serik2 utk buat kacau....

so kita tgk apa yg akan berlaku di kg aku ni.... lepas ni aku nak amik gambar signboard dpn rumah ketua kampung JKKKP.... korang nilai sendiri......

jumpa lagi...

senarai JKKK KG. SUNGAI LUI BT 20

Asalamualaikum....

baru je habis mesyuarat JKKK yg pertama bg pakatan rakyat, dan diri aku... mcm2 perasaan ada dlm diri aku,... gembira, teruja, cemas dan mcm2 la...

seperti biasa lah baru aku tahu mcm mana rasa dilantik sebagai JKKK... huhu mcm mana rasanya jadi EXCO negeri? so tak heran lah ramai yg berubah sikap bila ada kuasa....

so aku tetap respect dgn idola aku DSAI yg ttp dgn prinsip perjuangan.....

so kat sini aku senarai kan AJK JKKK KG. BT 20

Abdul Jalil Abdul Rahman (Pengerusi JKKK)

Mohd Shah Abdul Jalil (Setiausaha)

Mohd Hasri Sulaiman (Keselamatan)

Mulyadi Abu Bakar (Ekonomi)

Haji Idris Mohd Sir ( Agama dan Kebudayaan)

Mohd Azni Abdul Rahman ( ICT)

Mohd Noor Abdul Jalil ( Belia, Sukan dan Reakrasi)

Hazarul Anuar Abu Husin (Sosial dan Kebudayaan)

Md Ramli Othman (Pendidikan dan Sumber Manusia)

Saturday, October 18, 2008

ni dia gambarnyer....
















seperti yg tlh dijanjikan aku post gambar2 keadaan jln hulu langat yg sentiasa padat dgn lori2...
memandu dgn keadaan yg membahayakan.... jln2 pun byk rosak.. ni semua akibat lori2 ni.
dan ada juga lori yg mengangkut pasir... secara haram ke ..halal ke aku tak pasti.....
apa pun harap ada PBT atau pihak yg bertggjwb memantau keadaan ni......
tak kan masa UMNO dan Pakatan Rakyat sama jer.....





jumpa pak sedare....

asalamualaikum..

pagi2 aku dah kuar g kelana jaya utk jumpa dgn Pak Ripin mcm yg selalu aku bahasa kan diri dia...

dia ni antara yg rapat dgn aku lg pun usia tak byk berbeza, tp pangkat pak cik lah....

dia ni yg sedang usahakan tanah arwah bapa aku kat pulau indah tu....

so tadi sempat aku pass brg2 mak meru dgn adik aku tu pd dia....

aku doakan dia sukses slalu.... semoga projek cili dia tu berjaya....InsyaAllah....

cerita gembira......

asalamualaikum....

hari ni keje letih skit coz aku punya cashier tak dtg demam.... so aku opening dpn, berpeluh gak coz lama tak buat keje..huhuhu

dan tgh2 aku buat keje dlm aku ikhlas... tetiba ada org call..... aku dipanggil utk interview di Univ. Pertahanan Sg. Besi,.... tersenyum lebar aku krn... mmg aku nak sgt kerja kat sana kalau aku dpt lagi lah aku bersyukur....

so tarikhnya next week.. 22/10/2008, di bangunan Chanseleri, dekat kem sungai besi....

so harap2 doakan aku dapat keje ni.... yer....

lg satu aku blum ada kesempatan utk amik gambar lori2 tu besok kalau tak de aral aku cuba amik gambarnyer..... k...

jumpa lg....wasalam

Thursday, October 16, 2008

hulu langat dan pasir...

asalamualaikum.....

kalau sesape yg tinggal dan pernah sampai ke hulu langat, di kuari sungai long berdekatan sungai serai, keadaan lori tak terkawal, pemandu memandu lori dgn cuai dan melulu....

cukup membahayakan keadaan penduduk setempat... dan ada juga kelihatan lori2 yg mengangkut pasir keluar masuk dr arah yg sama.....

minta PBT atau pihak yg bertggjwb mengambil tindakan dan memantau perkara ini... adakah pasir yg dikorek itu diluluskan atau dicuri keluar oleh pihak2 ini.....

byk kesan buruk dr keadaan ini, selama ini jln tak pernah elok, berlubang sana berlubang sini...
sya harap dlm keadaan Pakatan rakyat memerintah ini, hantarlah atau kerahkan lah pihak yg bertggjwb menjalankan tugas....

semoga kita akan terus sukses dlm mengisi kemenangan yg terhidang di dpn mata....
wama karu wama karallahu hairul makirin...

p/s; besok kalau sempat sya akan sertakan gambar skali... tunggu....

Wednesday, October 15, 2008

sihat dah!!!

asalamualaikum...

semalam aku bz pergi amik borang tender kat MBSA, nak mencuba nasib... mana tahu ada rezki aku kat sana... lps aku terus g kedai, n amik "medical chit" n terus pergi klinik....

Doc bg aku ubat sapu dgn ada ubat utk allergy lg.... so aku rasa perubahan selepas sapu ubat tersebut.. dan muka pun dah start tukar kulit maknanya dah nak sembuh... syukur...

apa pun semoga Allah bg aku rezki yg halal dan di berkati..InsyaAllah....

jumpa lg.... tatatata

Tuesday, October 14, 2008

bermula sebuah perjuangan...




asalamualaikum....




cukup sudah cerita ttg diri aku masuk bab politik skit,


ptg tadi aku punya setiausaha JKKK kat kampung aku call dia ckp ada meeting pertama JKKK utk kampung aku selepas Pakatan Rakyat memerintah.... pada sabtu minggu ni....




ada sedikit teruja selepas berjuang, dimaki dek org kampung kiranye mesyuarat ni mengembalikan semangat aku selepas Permatang Pauh.




byk juga kelemahan yg berlaku dgn kontroversi tapak Ramadhan, yg harganya melambung tinggi ke mana kah slogan "negara berkebajikan" diorg ni....




dan byk lg isu2 sensitif dgn muzakarahnya, muhabalah dan keengganan TGHA menandatgni surat persetujuan, dan mcm 2 lg....




so InsyaAllah jika sempat akan sya bawa info utk tatapan semua bagaimana adakah mampu utk kami mengemblegkan idea dan gerak kerja demi melihat kemajuan kampung terlaksana.. atau tidak lebih sebagai retorik krn kat kampung kami ni JKKP pun ada... hampeh btul pihak UMNO laknatullah ni....




so paham sudah la.... huahuahua




wama karu wama karallahu hairul makirin.....

ikan aku dah besar!!!






asalamualaikum...






Ikan arowana ni aku beli dgn harga 920rm dtg dari keluarga Red Tail Golden.. dulu dalam 4Inci je panjang dia skng ni dah hampir 1/2 kaki.... hepy sgt....



Monday, October 13, 2008

ni ler kabel tu....


kira ok ler kalau dpt pakai yg ni, kalau ada rezki aku nak sambar yg lagi menarik...Insya Allah.... nak usha kat mana2 ada jenama yg ok lagi ke...

huahuahua

Rumah Terbuka DSAI


salam hormat,


hari ni aku tak pergi ke rumah terbuka Ayahnda DSAI di Kg. Baru. tak sempat krn terpaksa bergegas ke Klang utk bertemu kwn aku Bachok yg lama... berthn juga tak ketemu ....


muka aku dah nampak ada kurang, tp masih rasa mcm kasar skit harap2 cpt beransur pulih....


dlm kesibukkan berhari raya, kwn baik aku Lan kerbau sempat meminjamkan kabel HDMI dia utk layan PS3 aku, balik mmg gambar dia superbb thp babun..... punyer cantek... so nak kena sambar satu gak ni.....
apa pun selamat, jumpa lain kali ya......
wama karu wama karalllahu hairul makirin

Saturday, October 11, 2008

kantoi!!!


asalamulaikum,

hari ni sedih skit, ada byk perkara berlaku, aku ringkaskan,
hari ni muka aku dah tak bape hensem... huhu sebab doc tu bg aku ubat salah,
rupanya2 aku allergi dgn ubat tu, so muka aku bengkak dan berbintik2 mcm ruam...
awal2 pg ingat tak nak g keje... tp kene juga coz dah tak de org nak ganti aku....
so lari kejap pegi klinik n doc bg ubat ada kurang skit....

yg sedih nye tak dpt g KLIA spt dirancangkan, sepatutnya hantar Zana dia nak cont. study kat Bangalore, India tp rezki tak de.... semoga ketemu lg adinda...

sedih, tp menuntut ilmu tu sebahagian drpd jihad ke jln Allah..... semoga beroleh rahmat Allah adinda ku.... kekanda mendoakan semoga berjaya cita2 mu...Amin.

dan harap2 muka aku beransur pulih bila aku bgn dr tido besok.....huhuhu

jumpa lagi... sori besok keje pagi tak dpt nak tulis lebih2 mlm ni....

wama karu wama karallahu hairul makirin.....

Friday, October 10, 2008

sakit huhuhu

hari ni dah masuk 3 hari aku demam, selesema dan batuk....
pergi klinik doc bg ubat salah plak allergi plak...
habis mata aku dan muka aku bengkak dan merah.....
kena pergi balik klinik tu....
then doc tu bagi aku ubat lain plak tp tak de kurang pun....
ntah kena tunggu esok kot.....insyaAllah...

harap semuanyer ok lah.....

seronok ler plak....

hi theres,

aku rasa seronok ler plak, walau pun aku tak tahu ada ke org nak tgk blog aku ni....
tp rupa2nya menulis blog ni pun boleh mendatang keseronokan....
dan boleh menjadi tempat meluahkan perasaan.. lebih kurang mcm terapi ler...
huhuhu

apa pun aku akan mengupdatekan blog aku, tiap2 hari kalau ada kesempatan mulai hari ni...
boleh ke atau tidak, tercapai atau tidak.... kita sama2 tunggu....ok....

see ya...!