alhamdulillah...
baru je pulang dari berbual dgn Abg Mad Jan, Abg Bakar, Abg Tapa, Abg Miskon dan Acik Mukhlis dari Kg. Lubuk Kelubi, Hulu Langat... Berbincang secara ringkas ttg pemilihan aku sebagai Ketua Kampung Bt. 20 Sg. Lui.
Ada juga terselit ttg peranan JPD yg akan digerakkan atau sudah pun digerakkan.. oleh ahli jemaah kita.. InsyaAllah, semoga apa yg dirancangkan akan membuahkan hasil yg baik utk rakyat Dun Dusun Tua ini amnya, dan PR khususnya.
Apa aku nak sentuh kat sini adalah amanah itu sendiri.....
Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan.
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’"
Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur,
"Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan".
Rasulullah S.A.W juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya,
"Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya".
Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain
Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah).
Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.
Dan mlm ini aku terus berdoa pd Allah...
"Ya Allah! Sesungguhnya aku minta petunjuk yg baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dari-Mu, aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yg banyak, maka sesungguhnya engkau yg berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yg paling mengetahui perkara2 ghaib.
Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pd agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan dtg maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pd agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan dtg maka elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada,
Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. Amin.