"Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa." Anwar Ibrahim

Wednesday, January 20, 2010

Mursyidul Am baru Ikhwanul Muslimun


Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy, Mursyid Am Ke Lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).

Tuesday, January 19, 2010

Muslimat PAS Lubnan, Muslimat PAS Palestin

slimat PAS, di Malaysia. Muslimat Hizbullah,
Muslimat PAS, di Malaysia. Muslimat Hizbullah, di Lubnan. Muslimat Hamas, di Palestin. Semua dalam satu perjuangan di lokasi yang berbeza. Kawan-kawan di timur tengah kata: PAS Lubnan dan PAS Palestin. Lubnan. Muslimat Hamas, di Palestin. Semua dalam satu perjuangan di lokasi yang berbeza. Kawan-kawan di timur tengah kata: PAS Lubnan dan PAS Palestin.

Sunday, January 17, 2010

3 TA

Di dalam dunia ini, ada 3 benda yang mampu menggugat nafsu orang lelaki:-
  1. Wanita (Seks)
  2. Harta (RM)
  3. Takhta (Pangkat)
Dalam iklan banyak unsur seks digunakan. Sememangnya sifat seorang lelaki itu tertarik pada wanita. Jadinya iklan yang berkepentingan akan menggunakan tubuh wanita bagi menjaja barangan mereka.

Penyambut tetamu yang menawan.

Di dalam syarikat juga sama. Wanita diletakkan di hadapan meja syarikat bagi menarik pelanggan. Panggilan telefon juga dilayan oleh wanita.

Suara wanita juga merupakan aurat dalam Islam. Kerana itu wanita diharamkan menyanyi. Pada masa kini, ada yang mahu ikut agama dan ada yang tidak mahu.

Negara Barat sering diikuti oleh negara Asia. Mereka diikuti kerana teknologi mereka, kecantikan atau pun ketampanan mereka dan sebagainya.



Beyonce dan Taylor Swift

Jadi penggunaan wanita yang berpakaian merah, merupakan satu strategi bagi memenangi hati orang Asia dan menundukkan kita semua dengan kecantikan wanita-wanita mereka.

Ini semua politik. Satu perjuangan dalam memenangi hati manusia. Bayangkan negara Barat menggunakan wanita yang berpakaian warna yang tidak menarik perhatian. Wanitanya pula tidak cantik. Pasti negara mereka tidak akan dipandang ramai.


Artis Malaysia

Antara Barat dan Timur

Antara Barat dan Timur

Billboard di Kuala Lumpur

Billboard di Kuala Lumpur

Billboard di Kuala Lumpur

Lihat sahaja di Malaysia, bagaimana papan billboard kita, TV kita, majalah kita, suratkhabar kita, pelakon kita semuanya dipengaruhi elemen kecantikan artis-artis Barat.

Seperti yang saya katakan tadi lelaki boleh dilekakan dengan 3 benda:-
  1. Wanita (Seks)
  2. Harta (RM)
  3. Takhta (Pangkat)

Terdapat sejarah atau pun cerita yang menceritakan kejatuhan sesebuah kerajaan oleh kerana wanita (seks). Baik dengan perebutan wanita, seks bebas penyakit, pelacuran, dan lain-lain.

Perebutan wanita boleh menghancurkan negara jika perebutan wanita itu membabitkan susuk-susuk pemimpin atau pun orang-orang kanan negara kita. Seperti kes Altantuya. Apabila batas agama tidak dipatuhi, maka jadilah perkara sebegitu.

Penyakit boleh wujud dengan seks bebas yang dipromosi rata-rata cara hidup negara Barat. Sesebuah negara akan rugi dan perlu berbelanja lebih besar, dalam menangani masalah penyakit HIV dan lain-lain penyakit kelamin.

Pelacuran di Amsterdam, Belanda.

Pelacuran pula mampu menghancurkan rumahtangga. Kecurangan akan meningkat, kadar penceraian juga akan melonjak kerana adanya tarikan dan budaya seks bebas di luar rumah.

Keratan akhbar tempatan

Anak-anak muda atau si suami akan pilih mengadakan seks dengan pelacur daripada berkahwin. Di Malaysia ia dimulakan dengan urut-mengurut kemudian, urut badan dengan badan (B2B) dan akhirnya berzina.

Nafsu sukar untuk dibendung oleh manusia. Kerana itu jihad yang paling besar ialah jihad terhadap nafsu kita.

Cara hidup Islam jelas menentang keterlampauan batas budaya atau cara hidup negara Barat.

Islam mengajak umatnya berkahwin. Apabila manusia berkahwin, mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab untuk menjaga diri mereka dan keluarga mereka. Penyakit kelamin atau pun HIV tidak mudah merebak berikutan tiadanya amalan seks tanpa nikah.

Di sini jelas agama Islam dapat memajukan sesebuah negara jika umatnya kembali mengikut suruhan Tuhan.

Bayangkan manusia akan menjaga pandangan mereka daripada terjebak dengan zina mata dengan gambar atau pun filem yang menjolok mata.

Negara Barat akan mati akal apabila berhadapan dengan orang Islam yang betul-betul taat pada agama Islam.

Negara Barat akan mati akal apabila orang Islam tidak lagi memandang aurat-aurat perempuan Barat.

Walaubagaimana pun terdapat lagi dua tarikan. Iaitulah, wang (RM) dan takhta (pangkat).

Semuanya ini mampu ditangani dengan agama Islam.

Cara hidup Islam dan cara hidup Barat bagaikan air dengan minyak. Ia berbeza sekali.

Kerana itu kemuncak antara pertembungan dua cara hidup ini akan mengakibatkan peperangan besar.

Lihat apa yang terjadi pada banyak negara Islam sekarang. Negara Islam diganggu-gugat. Ada yang digugat secara terang-terangan dan ada yang digugat secara halus. Bagi saya, Malaysia sedang digugat secara halus. Samalah halnya seperti negara Islam Turki.

Ini terjadi kerana kita mengadakan sistem demokrasi. Jika kita tujukkan sikap berkeras seperti Iran yang menolak 100% Amerika Syarikat tentulah kita tahu apa yang bakal berlaku nanti.

Ramai pemimpin kita beranggapan teknik berdemokrasi ini dapat menyelamatkan rakyat kita. Tiada pertumpahan darah dan sebagainya. Tetapi bagi saya, pemimpin kita tidak boleh leka dengan perancangan jahat negara-negara yang berkepentingan, termasuk negara Barat.

Samada suka atau tidak, negara kita mesti berdiri di atas kaki sendiri. Kerana jika kita leka, kita semua akan tenggelam dengan genangan darah kita sendiri yang berwarna merah.

p/s: Bukankah Nabi Muhammad S.A.W ada berpesan supaya jangan ikut cara orang bukan Islam berpakaian? Kerana itulah orang di Timur Tengah berpakaian jubah. Ia merupakan sunnah Nabi S.A.W.

Saturday, January 16, 2010

Jahat Gila Anwar

Bakar Gereja.. Salah Anwar, Anwar kena warning dengan Hishamuddin.. Raja Petra hilangpun, Anwar jugak yang kena..

Ish.. Ish.. Ish.. jahat sungguh Anwar ni ya..

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan dakwaan pertemuannya dengan dua tokoh media tempatan, Datuk Nazri Abdullah dan Datuk Kalimullah Hassan di London baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika dakwaan itu benar, Anwar mungkin mempunyai peranan dalam kejayaan pengendali portal berita Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin meloloskan diri secara haram dari negara ini dan berlindung di London.

''Penjelasan Anwar penting kerana sekiranya beliau mempunyai hubungan dengan dua individu media itu, mungkin mereka merancang memburukkan UMNO di laman-laman blog apatah lagi Kalimullah dikatakan mengendalikan portal berita The Malaysian Insider.

''Sebab itulah Anwar secara terang menyalahkan UMNO dalam insiden pembakaran gereja serta isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katholik (Herald-The Catholic Weekly) dan ia disambut di portal berita seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini bagi mengulas kenyataan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari mengenai penglibatan kroni Anwar bagi membiayai kehidupan Raja Petra di London.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Anuar Shaari mendedahkan Nazri telah menghubunginya setelah tersiar kenyataannya mengenai kroni Anwar menaja Raja Petra di London.

Dalam perbualan itu, Nazri tidak berpuas hati kerana kenyataan Anuar Shaari itu didakwa merujuk kepadanya.
.

Thursday, January 14, 2010

Kushrin Laknat

Kalimah Allah: Jais beri Khalid Samad amaran keras

SHAH ALAM, Jan 14 - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad agar berhenti daripada mempertikai keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung isu penggunaan kalimah “Allah”.

Jais turut menolak dakwaan wakil rakyat itu bahawa pihaknya dan Mais sengaja ‘mempolitikkan’ isu berkenaan.

Sehubungan itu, Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata Khalid perlu mengkaji semula kenyataan tersebut kerana ia mempunyai kaitan dengan sensitiviti umat Islam khususnya di Selangor.

“Seharusnya sebagai Ahli Parlimen yang duduk di Shah Alam, beliau sepatutnya berpegang kepada pepatah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’ dan sebagai rakyat Selangor beliau perlu hormati dan patuhi titah Sultan.

“Benda ini bukan boleh dipermain-mainkan kerana ia melibatkan soal akidah dan sepatutnya orang Islam hormati keputusan yang sudah dibuat ini,” kata beliau yang menghadiri Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2009 di sini hari ini.

Beliau turut menafikan kenyataan yang mengaitkan Jais dengan Umno.

“Saya tidak faham ada orang tuduh kita (Jais) ini Umno, kita buat kerja berdasarkan undang-undang yang telah dikuatkuasakan di Selangor dan ia bukannya dibuat oleh saya.

“Walaupun ia dibuat oleh kerajaan terdahulu tetapi ia mendapat perkenan daripada Sultan Selangor. Seharusnya beliau atau sesiapa sahaja perlu hormati undang-undang ini.

“Sehubungan itu saya menafikan sekali lagi dengan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu dan kita harap selepas ini tidak ada lagi individu, ahli politik atau sesiapa sahaja di negeri ini yang akan mempertikaikan perkara ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khalid yang menyarankan supaya Jais dan Mais menyertai atau menubuhkan parti politik.

Gesaan itu dibuat susulan daripada kegagalan kedua-dua pihak berkenaan gagal mengawal tindak-tanduk orang ramai yang menyertai demonstrasi isu penggunaan kalimah Allah di Masjid Negeri Shah Alam Jumaat lalu.

Mohamed Khusrin berkata, keputusan berkaitan kalimah Allah adalah titah Sultan Selangor dan rakyat negeri itu perlu menghormati serta mematuhi keputusan itu.

Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak melanggar, mengingkari atau menghina kuasa yang sah atau mempertikaikan arahan atau melanggar keputusan Mais atau mufti adalah satu kesalahan.

“Isu ini adalah soal akidah bukannya soal politik yang didakwa oleh pihak terbabit.

“Ia bukan keputusan politik tetapi keputusan Mais kerana ia melibatkan kepentingan orang Islam di negara ini.

“Keputusan itu juga dibuat berdasarkan kajian serta penyelidikan yang kita buat dan mesyuarat yang kita buat sebelum ini sebulat suara melarang penggunaan kalimah Allah pada majalah tersebut,” katanya.

Sunday, January 10, 2010

Memang Dasar UMNO Perkauman


Apalah yang nak dihairankan sangat apabila UMNO membantah seperti orang tidak siuman terhadap isu penggunaan perkataan 'Allah' oleh penganut Kristian di Malaysia. Selama ini UMNO jaga Islam di negara ini ke? Hukum hudud mereka keji, arak dan judi mereka lulus dengan berleluasa, masjid-masjid mereka rampas dan kadangkala mereka roboh, ulama pun mereka pernah bunuh di Memali, dan anak muda Islam mereka rosakkan melalui aktiviti maksiat dan mungkar mereka. Sebutlah apa benda jijik yang UMNO belum buat, dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar dosa semuanya UMNO dah sebat. Sekarang UMNO nak jadi jaguh sayang Allah sayang Islam.


Sayang Islam ialah dengan memahami ajarannya betul-betul dan kemudian beramal dengannya. Islam tidak mengajar kita bertindak mengikut nafsu apatah lagi jika ia melibatkan isu keadilan dan hak orang-orang bukan Islam. Pimpinan PAS dan ulama-ulama Islam lain telah menjelaskan dengan panjang lebar berhubung kebenaran orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'. Kita semua jangan tertipu dengan kebobrokan UMNO yang ingin menangguk di air keruh. Badan-badan NGO ciptaan UMNO seperti Pekida, Persatuan Pengguna-Pengguna Islam (PPIM) dan lain-lain yang sewaktu dengan mereka adalah topeng UMNO dalam melaksanakan kerja-kerja jahat UMNO. Ada yang dah mula bakar gereja dan Allah saja yang tahu apa mereka akan buat seterusnya. Perbuatan mereka tidak ada kena mengena dengan Islam dan jika kita turut sama maka kita juga zalim.

Saturday, January 9, 2010

KETUANAN RAKYAT MAKIN MENYALA

GAMBAR DAN BERITA PALING DITAKUTI OLEH GEROMBOLAN



KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

8 JANUARI 2010

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.


Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.


Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.



YB ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR

YAB LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP

YB HAJI ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS