"Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa." Anwar Ibrahim

Friday, January 1, 2010

PAS Selangor Keluar PR


SHAH ALAM – Pas Selangor berazam mempertahankan kesemua lapan kerusi yang dimiliki di smaping berusaha menumpukan perhatian di mana kawasan baru yang akan Pas bertanding.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata, Pas Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi dengan mengulangi apa juga kesilapan yang telah dilakukan pada tahun ini.

Menurutnya, pada tahun hadapan Pas berazam mengukuhkan kedudukannya serta mempertahankan semua kerusi di dalam Selangor serta cuba menumpukan di mana kawasan Pas akan bertanding.

“Selain akan menyelesaikan apa juga isu pada tahun ini, Pas juga akan mengelakkan melakukan perkara yang sama iaitu kesilapan yang boleh mengurangkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Pas.

“Perkhidmatan semua exco juga akan dipertingkatkan selain akan meneruskan dengan secara aktif aktiviti yang melibatkan hubungan rakyat dengan pemimpin di kawasannya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, Pas Selangor juga akan berusaha memperbaiki dan memantapkan pentadbirannya supaya dapat mengekalkan kedudukannya di negeri ini di samping terus mendapatkan kepercayaan rakyat.:

Mengulas berkenaan sokongan bukan Melayu melalui Kelab Penyokong Pas, Roslan berkata, sokongan daripada golongan terbabit begitu menggalakkan.

Katanya, jika Pas tidak mendapat sokongan sudah pasti Pakatan Rakyat (PR) akan tumbang di Selangor seterusnya tidak lagi menjadi kerajaan Negeri seperti yang kita lihat sekarang ini.

“Kita berharap sokongan daripada Kelab Penyokong Pas akan berterusan bagi mengekalkan keutuhan pakatan yang kita kecapi sekarang ini dan akan terus-menerus di waktu-waktu yang akan datang

“Untuk pengetahuan umum, sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada bukan Melayu untuk Pas sememangnya perlu kerana kita dalam PR menggalakkan kerjasama, perpaduan dan kesepakatan,” katanya.

No comments: